Wednesday 6 July 2016

SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1437H

Alhamdulillah, sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri 1437H dapat dilaksanakan dengan penuh keinsafan. Sembahyang diimamkan oleh Tuan Imam, Tuan Haji Saidin Bin Haji Dogol. Beliau juga membacakan khutbah untuk sembahyang tersebut.

Dianggarkan melebihi 3500 jemaah menunaikan sembahyang sunat hari ini. Semoga ibadat kita ini diterima dan mendapat restu daripada Ilahi.



Tuesday 19 April 2016

Ceramah Ustaz Nursalam Al-Hafiz

Pada Hari isnin (18 April 2016) selepas solat maghrib, telah diadakan ceramah oleh ustaz Nursalam Al-Hafiz, Mudir Darul Hufaz, Lampung Indonesia.

Sebelum beliau menyampaikan ceramah, adik Min telah memulakan majlis dengan membacakan selawat dan Bacaan al_Quran. Difahamkan, adik ini telah hafaz sebanyak 25 Juzuk al-Quran.

Selepas itu, baharulah Ustaz Nursalam menyampaikan ceramah. Dalam ceramah beliau menyentuh telah kelebihan menegakkan syariat Islam dan keutamaan beribadah di dunia ini sebagai bekalan di akhirat.







Sunday 17 April 2016

Kursus Pengurusan Jenazah

Pada 17 April 2016, Biro Wanita Masjid A'la telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah.

Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada anak-anak kariah wanita cara pengurusan jenazah dan membentuk pelapis baru untuk urusan kematian jenazah wanita.

Sesungguhnya kursus ini amat penting bagi memudahkan urusan pengurusan jenazah wanita dalam Kariah Pekan Jitra.





Friday 25 March 2016

Khutbah Jumaat Sempena Hari Polis Yang Ke-209

Sempena Sambutan Hari Polis Yang Ke-209, Masjid A'la telah bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk pengendalian sembahyang Jumaat hari ini.

Sebelum masuk waktu sembahyang Jumaat, ASP Mohd Norfadzly bin Mohd Hashim, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kubang Pasu telah memberikan sedikit taklimat tentang jenayah yang berlaku dalam daerah Kubang Pasu. Beliau memohon kerjasama anak-anak kariah Masjid A'la agar membantu Polis dalam usaha mencegah jenayah daripada berleluasa. Beliau seterusnya mengingatkan agar jangan meninggalkan barang berharga dalam kenderaan untuk mengelakkan daripada kecurian.

Sementara itu, khutbah Jumaat  disampaikan oleh Sarjan Hari Shobri dengan tajuk Pasukan Keselamatan Tonggak Kesejahteraan Negara. Dalam khutbah tersebut, ditekankan tentang pentingnya kerjasama orang ramai untuk menjaga kesejahteraan dan keamanan negara. Pihak Polis sebagai pihak yang bertanggungjawab  akan berusaha memastikan agar kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh masyarakat akan terus terpelihara untuk kepentingan bersama.

Seterusnya, sembahyang Jumaat diimankan oleh Sarjan Haji Shobri dengan sempurna.

Sesungguhnya, kerjasama erat antara pihak Polis dan masyarakat sememangnya amat rapat dan benarnya kata-kata pujangga bahawa Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada.





Sunday 6 March 2016

Sejarah Masjid A'la, Kariah Pekan Jitra...


Dirasmikan pada 8 rejab 1405 bersamaan 29 Mac 1985 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah
Masjid besar 2 tingkat boleh memuatkan hingga 8000 jemaah
Reka bentuk yang unik dengan sebuah kubah utama di bangunan utama masjid dan terdapat menara yang berdiri bersebelahan dengan bangunan utama masjid
Terdapat ruang meletak kereta yang luas
Landscape yang cantik
Terdapat sebuah taman yang disumbangkan oleh keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad
Tempat wudu yang mencukupi
Mimbar yang diperbuat dari batu dan lapisan marmar berwarna cokelat
Mihrab yang di hiasi indah dengan lapisan marmar berwarna kelabu dan digantung pelbagai
ayat-ayat Quran

Dipetik daripada Blog  http://www.mosques.com.my/

Saturday 5 March 2016

Mesyuarat Agung Badan Khairat Kematian Masjid A'la, Kariah Pekan Jitra

Tarikh                 4 Mac 2016

Tempat               Masjid A'la

Masa                  Lepas Sembahyang Jumaat