Friday 25 March 2016

Khutbah Jumaat Sempena Hari Polis Yang Ke-209

Sempena Sambutan Hari Polis Yang Ke-209, Masjid A'la telah bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk pengendalian sembahyang Jumaat hari ini.

Sebelum masuk waktu sembahyang Jumaat, ASP Mohd Norfadzly bin Mohd Hashim, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kubang Pasu telah memberikan sedikit taklimat tentang jenayah yang berlaku dalam daerah Kubang Pasu. Beliau memohon kerjasama anak-anak kariah Masjid A'la agar membantu Polis dalam usaha mencegah jenayah daripada berleluasa. Beliau seterusnya mengingatkan agar jangan meninggalkan barang berharga dalam kenderaan untuk mengelakkan daripada kecurian.

Sementara itu, khutbah Jumaat  disampaikan oleh Sarjan Hari Shobri dengan tajuk Pasukan Keselamatan Tonggak Kesejahteraan Negara. Dalam khutbah tersebut, ditekankan tentang pentingnya kerjasama orang ramai untuk menjaga kesejahteraan dan keamanan negara. Pihak Polis sebagai pihak yang bertanggungjawab  akan berusaha memastikan agar kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh masyarakat akan terus terpelihara untuk kepentingan bersama.

Seterusnya, sembahyang Jumaat diimankan oleh Sarjan Haji Shobri dengan sempurna.

Sesungguhnya, kerjasama erat antara pihak Polis dan masyarakat sememangnya amat rapat dan benarnya kata-kata pujangga bahawa Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada.





No comments:

Post a Comment