Friday 25 March 2016

Khutbah Jumaat Sempena Hari Polis Yang Ke-209

Sempena Sambutan Hari Polis Yang Ke-209, Masjid A'la telah bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk pengendalian sembahyang Jumaat hari ini.

Sebelum masuk waktu sembahyang Jumaat, ASP Mohd Norfadzly bin Mohd Hashim, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kubang Pasu telah memberikan sedikit taklimat tentang jenayah yang berlaku dalam daerah Kubang Pasu. Beliau memohon kerjasama anak-anak kariah Masjid A'la agar membantu Polis dalam usaha mencegah jenayah daripada berleluasa. Beliau seterusnya mengingatkan agar jangan meninggalkan barang berharga dalam kenderaan untuk mengelakkan daripada kecurian.

Sementara itu, khutbah Jumaat  disampaikan oleh Sarjan Hari Shobri dengan tajuk Pasukan Keselamatan Tonggak Kesejahteraan Negara. Dalam khutbah tersebut, ditekankan tentang pentingnya kerjasama orang ramai untuk menjaga kesejahteraan dan keamanan negara. Pihak Polis sebagai pihak yang bertanggungjawab  akan berusaha memastikan agar kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh masyarakat akan terus terpelihara untuk kepentingan bersama.

Seterusnya, sembahyang Jumaat diimankan oleh Sarjan Haji Shobri dengan sempurna.

Sesungguhnya, kerjasama erat antara pihak Polis dan masyarakat sememangnya amat rapat dan benarnya kata-kata pujangga bahawa Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada.





Sunday 6 March 2016

Sejarah Masjid A'la, Kariah Pekan Jitra...


Dirasmikan pada 8 rejab 1405 bersamaan 29 Mac 1985 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah
Masjid besar 2 tingkat boleh memuatkan hingga 8000 jemaah
Reka bentuk yang unik dengan sebuah kubah utama di bangunan utama masjid dan terdapat menara yang berdiri bersebelahan dengan bangunan utama masjid
Terdapat ruang meletak kereta yang luas
Landscape yang cantik
Terdapat sebuah taman yang disumbangkan oleh keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad
Tempat wudu yang mencukupi
Mimbar yang diperbuat dari batu dan lapisan marmar berwarna cokelat
Mihrab yang di hiasi indah dengan lapisan marmar berwarna kelabu dan digantung pelbagai
ayat-ayat Quran

Dipetik daripada Blog  http://www.mosques.com.my/

Saturday 5 March 2016

Mesyuarat Agung Badan Khairat Kematian Masjid A'la, Kariah Pekan Jitra

Tarikh                 4 Mac 2016

Tempat               Masjid A'la

Masa                  Lepas Sembahyang Jumaat




Friday 4 March 2016

Program Khidmat Masyarakat MRSM Kubang Pasu

Pada 01 Mac 2016, seramai 160 pelajar Tingkatan 4 MRSM Kubang Pasu telah melaksanakan Program Khidmat Masyarakat di Masjid A'la. Program ini telah menyerlahkan sifat membantu, tolong-menolong dan semangat bermasyarakat dalam kalangan generasi muda.

Pengurusan Masjid A'la mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu yang telah memilih Masjid A'la sebagai tempat aktiviti ini diadakan. Paling menggembirakan kehadiran Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu sendiri semasa program ini dilaksanakan membuktikan keprihatian beliau terhadap perkembangan masjid-masjid dalam daerah ini.

Ucapan terima kasih juga kepada Pengetua MRSM Kubang Pasu yang mendokong aktiviti ini dilaksanakan serta Ustaz Othman yang mngetuai program ini di Masjid A'la.